BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ASSALAMUALAIKUM . .SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG GIATMARA PRIMA TASEK GELUGOR . .

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

Wednesday, 25 December 2013



GIATMARA PRIMA TASEK GELUGOR ,
LOT 3130 ,MUKIM 8 ,PONGSU SERIBU ,
13200 KEPALA BATAS ,
SEBERANG PERAI UTARA ,
PULAU PINANG .

Monday, 23 December 2013


Permohonan ke GIATMARA bagi pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2013 sudah boleh dibuat sekarang.Program latihan kemahiran GIATMARA adalah dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara percuma. Program GIATMARA ini merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka. Kini terdapat lebih 200 Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh negara.



Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya berumur 16 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Bumiputra
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.


Beberapa kursus yang boleh dimohon.

  1. PENDAWAI ELEKTRIK -PW2 (2 TAHUN)
  2. PENJAGA JENTERA (A1) (3 TAHUN)
  3. MEKATRONIK (1 TAHUN)
  4. TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER (6 BULAN)
  5. SOLEKAN DAN TERAPI KECANTIKAN (6 BULAN)
  6. SENI REKA GAYA RAMBUT (6BULAN )
  7. HOLISTIC AND WELLNESS SPA (6 BULAN)
  8. PENDAWAIAN ELEKTRIK -PW4 (1 TAHUN)


Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lebih terperinci kursus yang terdapat dalam setiap kluster dan lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.

Kemudahan.Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian.



Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :


  1. Latihan percuma
  2. Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  3. Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  4. Sukan dan Rekreasi
  5. Sijil Kemahiran GIATMARA
  6. Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  7. Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)
  8. PermohonanPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:
  9. Muat turun di Borang Permohonan Latihan GIATMARA
  10. Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
  11. Dapatkan borang seperti yang dinyatakan di atas.
  12. Lengkapkan borang dan hantar ke Pusat GIATMARA yang dipohon.
  13. Tunggu panggilan temuduga dari GIATMARA.
  14. Menjalani sesi temuduga.
  15. Surat tawaran akan dihantar kepada pemohon yang berjaya.



Maklumat :

UntuK mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan kemahiran sepenuh masa ini sila kunjungi laman web GIATMARA.
Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di laman web GIATMARA.


Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
Lot 3130, Mukim 8, Pongsu Seribu,13200 Kepala BatasS.P.U
Pulau Pinang
Telefon : 04-5756163
Fax : 04-5783168
e-mail : www.giatmara.edu.my
Mana-mana Pusat GIATMARA.